Telefon legenda Nokia 3310 bakal dikeluarkan semula - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Feb 15th, 2017

Telefon legenda Nokia 3310 bakal dikeluarkan semula

No automatic alt text available.

 

 

HELSINKI: Syarikat pengeluar telefon bimbit jenis Nokia, HMD Global merancang untuk menghasilkan semula satu daripada produk yang paling popular, Nokia 3310 pada tahun ini.

Nokia 3310 yang kali pertama dikeluarkan pada tahun 2000, membantu syarikat Finland itu mencipta reputasi sebagai pengeluar telefon bimbit paling laris di dunia sebelum peralihan teknologi kepada telefon pintar.

Selain itu, telefon bimbit tersebut juga dikenali dengan tahap ketahanan bateri yang lama, mudah digunakan serta tahan lasak.

Syarikat HMD Global merancang untuk menjual produk Nokia 3310 dengan harga 59 euro (RM278) dan butiran terperinci tentang telefon tersebut akan didedahkan pada Kongres Telefon Sedunia (MWC) yang diadakan pada 27 Februari sehingga 2 Mac.

Berdasarkan rekod, Nokia 3310 telah dijual di seluruh dunia sebanyak 126 unit tetapi rekod jualan palin tinggi dicatat oleh Nokia 1100 dan Nokia 110 yang mencatat jumlah jualan melebihi 250 juta unit.

Selain Nokia 3310, syarikat tersebut juga akan melancarkan produk telefon pintar iaitu Nokia 3, 5, dan 6 pada kongres tersebut.

 

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (17)