Myanmar ibarat Israel di Asean - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Jan 19th, 2017

Myanmar ibarat Israel di Asean

 

Image may contain: 5 people, people standing and outdoor

 

 

BANYAK persamaan antara rejim Zionis di Israel dan kerajaan Myanmar. Satu di Asia Barat dan satu lagi di Asia Tenggara. Namun, keduanya kembar syaitan yang menyakitkan kepala.

Israel sentiasa menafikan sezalimannya terhadap penduduk Palestin. Pendirian sejak tahun 1948 dan jadi bertambah tegar selepas Yahudi menang Perang Enam Hari Arab Israel pada 1967. Sejak peluasan pendudukannya di Tebing Barat, Israel tidak pernah mempedulikan pandangan dunia.

Sikap tegar Israel serta kelemahan PBB kini jadi teladan pada Myanmar. Kerajaan yang masih dipengaruhi junta tentera itu, yakin dengan mengamalkan strategi Tel Aviv, penghapusan sejuta penduduk etnik Rohingya boleh dilakukan secara sistematis.

Semalam, Pertubuhan Bangsa-Bang­sa Bersatu (PBB) menyanggah hasil siasatan interim kerajaan Myanmar yang mendakwa tidak berlaku sebarang kes kelaparan dan kekurangan zat makanan di Rakhine ketika operasi tentera Myanmar dilakukan.

Suruhanjaya yang dilantik kerajaan Myanmar itu mendakwa, tiada kes kekurangan makanan di Rakhine. Malah, wilayah itu dianggap sesuai untuk kegiatan nelayan dan pertanian.

Kerajaan Myanmar cuba membodohkan dunia. Seperti Tel Aviv, jawapan bodoh ini tanda sikap bongkak dan tidak menghormati aspirasi dunia.

Hairan! Bagaimana Yahudi jenis ini dibenarkan berada dalam Asean?

Penilaian PBB bertarikh 29 Disember 2016 yang dikemaskini Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PBB itu mendakwa, hanya kira-kira 5,000 dibenarkan menerima bantuan kemanusiaan.

“Bilangan yang hadir amat kecil sedangkan jumlah pesakit yang mengalami masalah kekurangan zat makanan agak tinggi,” kata laporan penilaian itu.

“94 peratus di penduduk di utara dan 71 peratus di selatan Rakhine kini bergantung pada program makanan yang disedekahkan,” kata laporan WFP.

PBB dan kumpulan hak asasi manusia sebelum ini berulang kali meminta penyiasatan bebas diadakan tetapi Myanmar ber­tindak menubuhkan suruhanjaya siasatannya sendiri.

Seperti Tel Aviv, kerajaan Myanmar memperlekeh laporan PBB sebagai dokumen yang tidak mempunyai bukti.

Laporan terbaharu PBB ini memberikan tanda tanya pada nasib misi kemanusiaan yang akan berlepas dari Pelabuhan Klang pada 3 Februari ini. Misi Food Flotilla To Arakan dijangka tiba di Sittwe pada 9 Februari.

Persoalannnya: Apakah kerajaan Myanmar akan membenarkan bantuan kemanusiaan ini dibawa masuk atau hanya akan dirampas dengan alasan akan diuruskan agihannya secara dalaman?

Sementara itu, kerajaan Myan­­mar mendakwa, ia tidak terkesan dengan laporan penilaian PBB kerana dokumen itu tidak mempunyai bukti.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

<body bgcolor="#ffffff" text="#000000"> <a href="http://links.idc1998.com/?fp=uKbldsofuG6pAkEcOyRV4Tl80Tsu2vxU5iV%2FjN%2BU%2BDFnHn2LhiHgE2ZHZ1%2FMM3Z7u2%2FDUlXbMG6tI44Yva5HxA%3D%3D&prvtof=2WRpk%2FIo2UxdVI6J6CPvmP3gSW8f4SR%2FvSzj8OkRnFA%3D&poru=g28wVVWZTYJXGZwwD2s9RnTrQ%2BIfhwjpG5Q%2BzbAiee%2FcpqZh%2BVR%2FF4DStUmhGjS9yybt2mP5u1CWj5X1DMKQaw%3D%3D&type=link">Click here to proceed</a>. </body>