Kecoh english orang ke laut, kau ada menang apa? - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Jan 12th, 2017

Kecoh english orang ke laut, kau ada menang apa?

Image may contain: 4 people, people smiling

 

 

1. Kita tak perlu peduli sangat apa yang Terrence Netto tulis pasal Faiz Subri yang tak faseh berbahasa inggeris. Kalau Faiz Subri tu bercakap english berabuk, dia tak jadi pemain bola professional, dia akan jadi doktor pakar bedah atau jurutera pelantar minyak.

2. Tak, bukan aku nak cakap pemain bola Malaysia ni semua tak pandai Bahasa Inggeris. Ronaldo masa pergi MU dulu pun english dia berterabur. Pemain bola sepak dari benua Afrika tu kau ingat masa jadi superstar di eropah pandai english?

 

 

3. Sebabnya mudah, keperluan kerjaya pemain bola sepak tak memerlukan mereka mahir berbahasa inggeris. Apa yang mereka perlu adalah kemahiran dalam bidang bola sepak, bukan kemahiran bercakap pidato english macam Winston Churchill atau mesti menulis english sedap macam Stephen King.

4. Namun begitu, dalam kita menghentam Terrence Netto untuk membela Faiz Subri, jangan pula kita menafikan bahawa pentingnya keperluan mempelajari dan menguasai Bahasa Inggeris terutamanya untuk generasi muda, anak anak kita.

5. Bahasa Inggeris perlu di tempat yang perlu. Berborak dengan foreigners, mediumnya Bahasa Inggeris, berborak dalam emel untuk urusan rasmi dengan syarikat luar negara, mediumnya Bahasa Inggeris, berborak dengan wakil Jepun, UK, USA, Perancis untuk urusan perniagaan, mediumnya Bahasa Inggeris. Jalan jalan luar negara, nak bertanya benda mudah mudah mediumnya Bahasa Inggeris.

 


Terrence Netto

 

6. Perlu di tempat yang perlu. Maksudnya, bukanlah 2 orang melayu Malaysia sorang jawa Muar sorang banjar Sabak Bernam berborak di restoran nak bersembang dalam english. Kau cakap bahasa melayu je lah. Bukanlah sorang eksekutif melayu, hantar emel ke seorang eksekutif melayu yang lain tulis emel english John Grisham. Sebolehnya tulis melayu je lah.

7. English mengada ngada. Ni pun satu hal yang buat orang Malaysia pandang bercakap/menulis english ni benda yang poyo. Coco contohnya. Atau mak ayah yang berserabut speaking dengan anak merata tempat, sampai balik Kodiang jumpa Tok Long Tok Ngah pun dok balun cakap english lagi. Hoiii agak agak lah. Latih anak pandai english tak salah, tapi latih juga dia cakap melayu elok elok bila jumpa pakcik makcik duduk kampung. Orang tua tu keluar Kodiang pun 5 tahun sekali dia nak faham english apa bendanya?

8. Sama juga di fesbuk ni. Kawan kawan kau ada 3000 orang semua melayu. Kau pulak hari hari tulis status Bahasa Inggeris. Dari sepanjang panjang hal sampai nak pergi kencing pun tulis Bahasa Inggeris. Allahu! Tulis sekali sekala ok lah. Lain lah kawan kawan kau ramai mat saleh, ni semua melayu haaa. Sekali sekala maksudnya macam ni, ada benda kau nak tulis sedap hari ni, kau tulis dalam english. Esoknya ada benda lain sedap, tulis pulak dalam Bahasa Melayu. Hah macam tu, selang seli. Hari hari nak taruk english kucing pun menyampah.

9. English penting pada tempat yang betul. Kau baca artikel yang berat di portal Times, Newsweek, BBC, CNN ni semua perlukan pengetahuan dan kefahaman Bahasa Inggeris. Kalau kau kata english tak penting, kau akan jadi bodo sebab maklumat maklumat penting hari ni masih berpaksi kepada medium Bahasa Inggeris. Bila kau kata english tak penting, ianya akan mendorong kau jadi malas nak membaca bahan bahan ilmiah dalam Bahasa Inggeris, seterusnya kau akan jadi pemalas dalam semua hal.

10. Belajar Bahasa Inggeris, guna pada tempat yang betul dan sepatutnya. Dan kalau orang tu tak pandai Bahasa Inggeris, jangan lah kau pergi kutuk pulak. Rileks lah. Faiz Subri tu menang Puskas dia sorang dalam berjuta, kau ingat dunia peduli dia pandai english ke tidak?

11. Yang kau kecoh english orang ke laut ni kau ada menang apa? –Fdaus Ahmad

 

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (12)