Jenazah Ketua Menteri Sarawak selamat dikebumikan - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Jan 12th, 2017

Jenazah Ketua Menteri Sarawak selamat dikebumikan

Image may contain: one or more people, crowd and outdoor

 

 

PETRA JAYA: Jenazah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, di sini, jam 2.40 petang tadi.

Kira-kira 1,000 hadirin membanjiri kawasan perkuburan berkenaan bagi memberi penghormatan terakhir.

Majlis turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Antara kenamaan lain yang hadir adalah Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud; isterinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib; dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
Jenazah Adenan, 72, tiba di perkarangan kawasan perkuburan pada jam 2.05 petang dari Masjid Jamek Negeri dengan diiringi isteri, Puan Sri Jamilah Anu bersama anak-anaknya.

Jamilah cuba menahan sebak ketika keranda membawa suaminya diletak berhampiran liang lahad.

Bagaimanapun, beliau gagal menahan kesedihan sebaik majlis pengebumian dimulakan dan terpaksa ditenteramkan oleh sanak saudara.

Kasih sayang pasangan itu diketahui umum terutama rakyat Sarawak kerana Ketua Menteri sering berjenaka mengusik isterinya dalam ucapannya.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (2)