Gadis kolej penumpang MRT ke 1 juta, dapat iPad - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Jan 12th, 2017

Gadis kolej penumpang MRT ke 1 juta, dapat iPad

Image may contain: 1 person, standing and indoor

 

 

Kuala Lumpur: Pelajar kolej diraikan sebagai penumpang Transit Aliran Massa (MRT) ke sejuta hari ini, selepas 27 hari perkhidmatan laluan pertama, Sungai Buloh-Kajang (SBK), memulakan operasinya.

Prasarana Malaysia Berhad dan MRT Corp dalam kenyataan bersama berkata, Ng Zhi Zhi dihadiahkan Ipad dan barangan lain termasuk kad Touch ‘n Go edisi khas.

Beliau disapa sebaik memasuki pintu masuk tambang di stesen MRT Sungai Buloh oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Datuk Ir Zohari Sulaiman dan Pengarah Pengurusan Tanah, Datuk Haris Fadzilah Hassan.

Laluan SBK dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Disember 2016, dengan promosi sebulan perjalanan MRT dan bas pengantara percuma.

 

[​IMG]

[​IMG]

Pengguna bagi kedua-dua perkhidmatan itu akan mula membayar tambang pada 17 Januari.

Zohari dipetik sebagai berkata, Rapid Rail akan terus meningkatkan standard perkhidmatan MRT sejajar dengan aspirasi syarikat induknya, Prasarana Malaysia Berhad bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam bertaraf dunia.

“Ini adalah hari bersejarah buat MRT. Memperoleh sejuta penumpang dalam masa kurang sebulan mencerminkan sambutan amat menggalakkan daripada orang awam,” katanya.

Sementara itu, Haris yakin fasa kedua MRT, antara Semantan dan Kajang akan dapat membuka laluannya seperti dijangka iaitu Julai.

“Kerja pembinaan akhir bagi fasa dua, membabitkan seksyen bawah tanah dan selatan sedang giat dijalankan. Pada masa ini, kemajuan (projek) adalah 95 peratus,” katanya dalam kenyataan itu.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (6)