Budak diperkosa sebelum dibunuh & ditanam dalam lumpur - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Jan 12th, 2017

Budak diperkosa sebelum dibunuh & ditanam dalam lumpur

Image may contain: 1 person, sitting and outdoor

 

PAPUA BARAT, INDONESIA – Warga bandar Sorong digemparkan dengan penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan bernama Kasia Mamangsa dalam lumpur, jam 2.30 petang Selasa.

Mangsa yang berusia 4 tahun itu ditemui ditanam dalam lumpur dengan keadaan tangan diikat, dipercayai diperkosa sebelum dibunuh, berdasarkan penemuan darah di sekitar kemaluan mangsa.

Mayat mangsa kemudian dari sungai berlumpur itu sebelum dihantar ke Hospital Kota Sorong untuk bedah siasat.

 

Image may contain: one or more people, outdoor and water

 

Image may contain: one or more people and outdoor

 

Image may contain: 5 people, people standing and outdoor

 

Terdahulu, ibu mangsa, Yuli, juga berusaha mencari anak kecilnya itu, namun gagal menemui mangsa. Namun, kakak mangsa, Grece dikatakan sempat melihat mangsa dibawa oleh seorang suspek ke lumpur berkenaan, menjadi petunjuk utama dalam siasatan tersebut.

Sementara itu, pihak polis telah berjaya menahan tiga remaja lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan itu. Kesemua suspek yang ditahan adalah merupakan jiran mangsa.

Menurut saksi, ketiga-tiga suspek sebelum itu baru selesai berpesta dan dilihat membawa seorang kanak-kanak kecil di sekitar bandar, tidak beberapa jauh dari rumah mangsa sebelum gerakan mencari dilakukan.

Polis terpaksa mengenakan kawalan ketat bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini dari ahli keluarga mangsa

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (12)