Bapa durjana dera bayi sendiri demi sakitkan hati isterinya - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Jan 12th, 2017

Bapa durjana dera bayi sendiri demi sakitkan hati isterinya

Image may contain: one or more people

 

 

ARAB SAUDI – Seorang lelaki tergamak mendera bayinya sendiri dipercayai sebagai tindakan membalas dendam terhadap isterinya selepas tidak tinggal bersama

Video dan gambar mangsa yang berusia sebulan itu viral di media sosial dan telah dikongsi 29,131 kali oleh pengguna Facebook.

 

 

 

Menurut individu yang memuat naik video dan gambar tersebut, kejadian itu berlaku di bandar Mekah di mana si suami kerap mendera mangsa dengan menampar dan mengoncangkan kepalanya. Selain itu, lelaki terbabit turut mencampurkan susu bayinya dengan air peps dan merokok berhampiran mangsa.

Segala tindakan itu dirakam dan dihantar kepada ibunya yang berasal dari Syria yang telah terpisah selepas lelaki itu telah merampas mangsa darinya.

Tidak tahan melihat nasib yang menimpa anaknya, si ibu membuat laporan dan meminta bantuan dari pihak polis Arab Saudi bagi mendapatkan semula anaknya dari lelaki yang tidak bertanggungjawab itu.

 

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (10)