Annuar Musa nafi tuduhan TMJ, nasihat media jangan silap ‘pendrive’

18

Image may contain: 1 person, close-up

 

Baru sebentar tadi bekas Presiden KAFA tampil mempertahankan diri daripada tuduhan yang dianggap beliau sebagai emosi dan tidak berasas.

MARA Tidak Pernah Taja TRW

TMJ : Annuar Musa guna duit MARA untuk taja TRW

 

Menurut TSAM, Kelantan telah memberikan satu ruangan percuma untuk logo MARA pada bahagian jersi TRW, walaupun slot itu bernilai RM250,000.00. Ini kerana TRW mahu memberikan apresiasi kepada 50 tahun penubuhan MARA.

Manakala UniKL adalah agensi swasta, jadi soal permasaran dan publisiti adalah sebahagian daripada polisi mereka. Mereka ada bajet khas untuk perkara tersebut.

Oleh itu UniKL banyak menaja dalam sukan terutama sekali hoki dan bola sepak.

TSAM: Ikan Yang Terlalu Banyak Buka Mulutlah Yang Mudah Terkena Pancing

Tan Sri Annuar Musa kemudian menjelaskan, isu pengurangan biasiswa oleh pelajar MARA adalah tidak benar, apatah lagi dikurangkan semata-mata untuk menaja bola sepak.

TSAM turut mengingatkan bahawa ikan yang terlalu banyak buka mulut, ikan itulah yang mudah terkena pancing.

TSAM Seru Semua Pihak Lebih Berhati-Hati Dalam Keluarkan Kenyataan

Dalam post ini juga TSAM meminta agar semua pihak menyemak dahulu fakta sebelum mengeluarkan kenyataan.

Beliau juga tidak mahu berpolemik dan panjang-panjang cerita dengan ‘rakan-rakan’.

Beliau juga mengingatkan pihak media agar lebih berhati-hati dalam membuat liputan,jangan sampai tersilap pendrive sambil diakhiri dengan emoji tergelak dan jelir lidah.

Ini adalah petikan penuh penjelasan Tan Sri Annuar Musa.

 

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments