Wanita hamil nyaris maut besi jatuh tertusuk cermin depan

15

Image may contain: car and outdoor

 

 

NUSAJAYA, 10 Jan ― Berpantang maut sebelum ajal. Walau sebatang besi ini tertusuk tepat ke arah tempat duduk pemandu, seorang wanita hamil terselamat daripada bencana ini.

Pemandu bernasib baik itu sedang membawa kereta di belakang lori di sebatang lebuh raya di sini sebelum ia ditusuk besi yang terjatuh dari lori tersebut, lapor The Reporter.

Adiknya, yang hanya dikenali Cik Senah, berkongsi foto tersebut di laman Twitternya sehingga menarik perhatian ramai, termasuk media.

Foto ini dikongsi lebih 2,700 kali dan ditanda ‘suka’ hampir 500 pengguna media sosial tersebut.

Wanita itu dilaporkan hanya mengalami sedikit luka akibat terkena serpihan kaca. Namun beliau masih trauma dengan kejadian ngeri itu. –

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments