Suri rumah abai kanak-kanak dihukum denda, khidmat masyarakat

13

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

 

 

KUALA PILAH: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan khidmat masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selama 240 jam terhadap seorang suri rumah kerana meninggalkan kanak-kanak berusia tiga tahun di sebuah rumah di Gemencheh, minggu lalu.

Tertuduh, Shamsinar Ambia, 36, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Dia didakwa meninggalkan kanak-kanak berusia tiga tahun dalam keadaan tidak berpatutan di sebuah rumah sewa di Kampung Parit Buloh, Gemencheh, pada jam 7 malam, 5 Januari lalu. Shamsinar didakwa mengikut Seksyen 33(1)(c) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara lima tahun atau kedua-dua sekali serta menjalani khidmat masyarakat JKM jika sabit kesalahan.

Polis temui kanak-kanak 3 tahun ditemui bersendirian di rumah

 

Anak tak sah taraf hasil perhubungan dengan lelaki warga asing

 

Suspek bukan ibu kandungnya, dipercayai anak orang lain

http://newmalaysianpost.com/2017/01/09/bukan-seorang-rupanya-tinggalkan-2-lagi-anak-lelakinya208591/

 

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nik Azhan Hakim Nik Mahmood yang dibantu oleh Nur Akmal Mohamad Azri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam

Tertuduh ketika rayuan memohon supaya hukuman ringan kerana tidak bekerja, manakala suami tidak mempunyai pendapatan tetap, selain tiga anak yang masih bersekolah.

Hakim kemudian memutuskan tertuduh didenda RM10,000 yang jika gagal dibayar boleh dipenjara setahun serta perlu menjalani khidmat masyarakat JKM selama 240 jam.

 

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments