Pemandu bas kawal stereng guna kaki - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Jan 11th, 2017

Pemandu bas kawal stereng guna kaki

Image may contain: one or more people and people sitting

 

 

Beijing: Seorang pemandu bas ditangkap selepas dirakam memandu menggunakan kaki kerana mahu menggunakan telefon bimbitnya.

Lelaki dari Shantou, wilayah Guangdong itu dirakam penumpang menggunakan kaki kirinya untuk memandu supaya dia dapat bermain telefon bimbitnya pada 6 Januari lalu.

Video itu kemudian tular di Internet selepas disiarkan laman web popular, QQ.com.

Dalam rakaman itu, kaki kiri pemandu berkenaan dilihat di atas stereng yang sekali-sekala digerakkan untuk mengawal arah pergerakan bas.

Pada masa sama dia menggunakan kaki kanannya untuk mengawal brek dan pedal minyak.

Walaupun trafik sesak, pemandu berkenaan tidak memberikan fokus sepenuhnya sebaliknya asyik bermain telefon bimbitnya.

Portal berita Huanqiu melaporkan, biro pengangkutan Shantou melaporkan pada 9 Januari lalu lelaki itu sudah ditahan polis. Syarikat bas berkenaan bagaimanapun enggan mengulas.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (32)