Main basikal sampai usus terkeluar - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Jan 11th, 2017

Main basikal sampai usus terkeluar

Image may contain: one or more people and people sitting

 

Johor Bahru: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun cedera apabila ususnya terkeluar selepas dipercayai terjatuh ketika bermain basikal dalam kejadian di Taman Bukit Tiram di sini, petang semalam.

Beberapa keping gambar yang menunjukkan keadaan usus kanak-kanak itu terkeluar tular di laman sosial Facebook (FB) sebelum turut dikongsi di laman sembang WhatsApp sejak ia dimuat naik seorang pengguna FB petang semalam

Image may contain: one or more people and people sitting

Image may contain: one or more people and people sitting

 

Image may contain: one or more people and people sitting

Menurut seorang saksi kejadian yang hanya dikenali sebagai Nur, 30-an, berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 2 petang di Jalan Banang, Taman Bukit Tiram di sini.

Katanya, kanak-kanak berkenaan yang tinggal di Taman Bestari Indah dekat sini, bermain basikal bersama kira-kira 15 rakannya sebelum kejadian itu berlaku.

Saksi berkata, rakan mangsa memberitahu kanak-kanak itu terkena pemegang basikal sehingga usus di bahagian tengah bawah pusatnya terkeluar.

Wanita itu berkata, kira-kira 30 minit selepas menghubungi ambulans, pasukan perubatan dari Hospital Sultan Ismail (HSI) tiba di lokasi kejadian untuk memberi rawatan sebelum membawa kanak-kanak berkenaan ke hospital berkenaan.

Sementara itu, Pengarah HSI, Dr Arbain Lani ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima pesakit berkenaan yang diberi rawatan di wad pembedahan HSI.

Beliau berkata, keadaan pesakit stabil selepas menjalani pembedahan dan diberikan antibiotik.

“Pembedahan berjaya dilakukan tanpa komplikasi selama dua jam pada jam 5.34 petang semalam,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, sehingga pagi tadi, tiada sebarang laporan polis yang dibuat berhubung kejadian berkenaan.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (2)