LPT2 mohon maaf isu papan tanda Tandas Muslimin - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Jan 11th, 2017

LPT2 mohon maaf isu papan tanda Tandas Muslimin

[​IMG]

 

 

PETALING JAYA: Syarikat pengendali Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), LPT2 Sdn Bhd, memohon maaf berhubung kekeliruan yang timbul dalam kalangan pengguna susulan pemasangan papan tanda “Tandas Muslimin” di tandas awam sebuah kawasan Rehat dan Rawat (R&R), baru-baru ini.

LPT2 Sdn Bhd menerusi kenyatannya berkata, kekeliruan tersebut timbul apabila papan tanda tersebut dipasang di R&R Bukit Besi (arah Selatan) bagi menggantikan papan tanda yang telah rosak.

Bagaimanapun jelasnya, kontraktor yang dilantik untuk menyelenggara dan menggantikan papan tanda tersebut tidak merujuk kepada LPT2 Sdn Bhd sebelum kerja-kerja pemasangan dilakukan.

“Sehubungan itu, LPT2 mengucapkan rasa terima kasih terhadap keprihatinan orang ramai untuk melaporkan perkara tersebut dan berusaha memperbaiki mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa.

“LPT2 memohon maaf atas kekeliruan yang timbul ekoran pemasangan papan tanda gantian tersebut dan akan terus melakukan pemantauan agar perkara sedemikian tidak berulang pada masa akan datang,” jelas kenyataan tersebut.

Sebagai maklumat, papan tanda tersebut telah diturunkan serta-merta selepas pihak LPT2 dihubungi mStar Online pada Selasa.

Isu tersebut timbul apabila gambar papan tanda bertulis “Tandas Muslimin” tersebar dalam aplikasi mesej, WhatsApp dan mengundang kekeliruan ramai pihak tentang penggunaan papan tanda tersebut yang didakwa dipasang di tandas awam kawasan R&R di bawah kendalian LPT.

Segelintir pengguna mempersoalkan penggunaan papan tanda itu seolah-olah dikhaskan untuk orang Islam sahaja sedangkan Malaysia didiami oleh masyarakat berbilang agama.

Kebiasaannya, penggunaan papan tanda “Tandas Muslimin” dipasang di tandas dalam kawasan masjid atau surau sebagai membezakan kemudahan antara lelaki dan wanita.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (31)