Ketua Menteri Melaka saksi kes libatkan pegawai beliau - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Jan 11th, 2017

Ketua Menteri Melaka saksi kes libatkan pegawai beliau

Image may contain: 1 person
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan bahawa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron merupakan saksi bagi kes melibatkan pegawainya yang pernah ditahan suruhanjaya itu, November lepas.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki dalam satu kenyataan hari ini berkata SPRM telah mengambil keterangan Idris bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 23, Akta SPRM 2009, semalam.

“Bagaimanapun, maklumat berhubung kes tersebut tidak boleh didedahkan bagi memelihara integriti dalam siasatan,” katanya.

Azam berkata pegawai SPRM telah pergi ke pejabat Idris di Melaka pada kira-kira 2 petang semalam. – BERNAMA

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (18)