Cubaan culik wanita di Sungai Buloh, van putih dibakar - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Jan 11th, 2017

Cubaan culik wanita di Sungai Buloh, van putih dibakar

Image may contain: one or more people and outdoor

 

 

KUALA LUMPUR – Cubaan culik seorang wanita gagal apabila dua lelaki berjaya diberkas polis dalam kejadian berhampiran sebuah sekolah Antarabangsa di Jalan Sierramas Utama, Sungai Buloh di sini hari ini.

Wanita yang merupakan pengurus di sebuah kilang langsir berusia 20 tahun itu dilarikan oleh dua lelaki tempatan kira-kira pukul 6 petang.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Dr. Abdul Aziz Awang Darus ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu.

Namun, beliau memberitahu, satu sidang akhbar akan diadakan pagi ini berhubung kejadian terbabit.

Hari ini, viral di laman sosial dan aplikasi WhatsApps gambar dua lelaki dibelasah orang ramai selepas dikatakan terlibat dalam kejadian culik di sekitar Sungai Buloh.

Kedua-dua suspek yang menaiki sebuah van berwarna putih itu berjaya diberkas selepas kenderaan mereka hilang kawalan ketika melarikan diri.
_______
_______

Kes culik baru saja berlaku petang tadi… Dengar kata mangsa culik di campak dari van setelah orang ramai mengejar… Alhamdulillah penculik dapat di tewas kan kerana banyak motor yang mengejar…

[​IMG]
[​IMG]
[​IMG]
[​IMG]
[​IMG]
[​IMG]
[​IMG]

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (11)