Tak boleh hamil, suami isteri 'bela' anak patung - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Tue, Jan 10th, 2017

Tak boleh hamil, suami isteri ‘bela’ anak patung

Image may contain: 4 people, people smiling

 

 

London: Sepasang suami isteri sanggup membelanjakan wang untuk menghasilkan anak patung bayi yang menggabungkan wajah mereka supaya nampak seperti anak sendiri semata-mata kerana tidak boleh melahirkan anak.

Crystal Duke, 24, menghidap masalah kesihatan yang menyebabkan badannya tidak menghasilkan telur bererti dia sukar hamil dan melahirkan anak secara normal.

Berikutan itu dia dan suaminya Terry, 34, menemui alternatif untuk membolehkan mereka merasai pengalaman mempunyai bayi dengan membeli anak patung digelar ‘reborn baby’ dengan harga £350 (RM1,900), dihasilkan artis yang menggabungkan ciri wajah mereka.

‘Bayi’ yang nampak tidak ubah seperti anak yang bernyawa itu dinamakan George dan dilayan seperti bayi sebenar, termasuk bangun pada tengah malam untuk ‘disusukan’ dengan menggunakan botol susu direka khas.

“George menangis pada waktu tertentu, sama seperti bayi biasa. Mungkin ramai ibu bapa mengeluh apabila terpaksa menyusukan bayi pada waktu malam tetapi kami berdua terlalu menginginkan pengalaman berkenaan. Ini memang impian kami yang menjadi kenyataan

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (30)