Meskipun memiliki syarikat rokok, pemilik syarikat Gudang Garam ini tidak merokok - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Tue, Jan 10th, 2017

Meskipun memiliki syarikat rokok, pemilik syarikat Gudang Garam ini tidak merokok

Image may contain: 1 person, text and outdoor

 

 

Jenama rokok Gudang Garam sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Jenama rokok yang berasal daripada Indonesia ini sememangnya sinonim dengan jenama rokok kreteknya yang mempunyai peminatnya di seluruh dunia.

 

 

Meskipun jenama rokoknya seperti Surya dan Nusantara sudah terkenal di seluruh dunia, namun tidak ramai yang mengenali individu yang memiliki syarikat rokok yang terbesar di Indonesia ini.

Untuk pengetahuan anda, Pemilik Pt. Gudang Garam Susilo Wonowidjojo memiliki kekayaan bernilai 5.3 million USD. Kekayaan itu diperoleh dari kumpulan Gudang Garam yang sangat terkenal dengan produk rokoknya.

 

Susilo Wonowidjojo

Ada yang menarik mengenai peribadi beliau, kerana walaupun pemilik salah satu jenama rokok terbesar di Indonesia, namun beliau tidak merokok.

Pegawai syarikat rokok hairan kerana pemilik Gudang Garam yang sangat kaya raya itu tidak merokok sama sekali.

Berikut merupakan soal jawab antara pegawai syarikat rokok dan Susilo Wonowidjojo.

Pekerja : “Tuan, kenapa tuan tidak merokok sama sekali?”

Susilo : “Kenapa? Ada masalah?”

Pekerja : “Kan tuan pemilik Gudang Garam, kenapa tidak merokok?”

 

 

Susilo : “Di bungkus rokok kan ada tulisan: Merokok dapat menyebabkan kanser, penyakit jantung, impotensi, gangguan kehamilan dan janin. Kenapa perlu saya merokok jika dijangkiti pengakit.”

Pekerja : “Maksud tuan….?

Susilo : “Sia-sia jadi orang kaya jika kena kanser, penyakit jantung, apalagi impotensi.”

Pekerja : “Dah tu, kenapa tuan hasilkan pabrik rokok?”

Susilo : “Rokok itu dihasilkan hanya untuk orang orang yang tak bisa baca saja..!!!”

Semoga boleh menjadi inspirasi dan pengajaran untuk Anda.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (9)