Gadis patah kaki lepas lompat dari kereta elak diperkosa - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Tue, Jan 10th, 2017

Gadis patah kaki lepas lompat dari kereta elak diperkosa

Image may contain: outdoor and nature

 

Miri: Remaja perempuan patah kaki kiri selepas melompat dari kereta yang bergerak bagi mengelak dirogol rakan lelakinya di Kuala Baram di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 10.30 malam itu, mangsa berusia 16 tahun bersama dua lelaki menaiki kereta ke arah Batu 1, Kuala Baram sebelum seorang daripada suspek cuba merogol mangsa.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, mangsa yang ketakutan kemudiannya melompat dari kereta berkenaan bagi menyelamatkan diri.

Menurutnya, tindakan itu mengakibatkan mangsa patah kaki kiri selain kecederaan pada kedua-dua tangan.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Miri oleh kedua-dua suspek untuk dirawat sebelum suspek melarikan diri.

“Polis masih berusaha mengesan kedua-dua suspek,” katanya.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (6)