Dengan muka bercat, Jamal tawar diri pimpin bola sepak Selangor - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Tue, Jan 10th, 2017

Dengan muka bercat, Jamal tawar diri pimpin bola sepak Selangor

Image may contain: 6 people, people standing

 

 

KELANA JAYA: Dengan muka bercat merah kuning, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini tiba di pejabat Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), sambil berikrar akan membawa pasukan bola sepak Selangor ke tahap lebih tinggi.

Satu syarat: Jamal perlu dilantik menjadi presiden FAS bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meletak jawatan bulan lalu.

“Hari ini saya menyerahkan surat kepada FAS untuk menawarkan diri menjadi presiden FAS. Hasrat dan tujuan saya hadir untuk menawarkan diri membantu kelab bola sepak Selangor ke arah lebih maju setanding dengan kelab lain.

Image may contain: 1 person, sitting

 

“Kalau nak disebutkan kelab JDT ini lebih maju ke depan, sekurang-kurangnya kami mampu bersaing dengan mereka,” katanya kepada wartawan, merujuk kelab Johor Darul Takzim.

Jamal pada masa sama turut berjanji akan menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain dan pegawai selepas 14 hari dilantik menjadi presiden.

“Saya memberi jaminan dalam masa 14 hari setelah perbincangan diadakan dan saya dilantik, kita akan selesaikan semua permasalahan ini. Soal dana saya letak nombor dua.

jamal-FAS

 

“Masalah duit kalau kita letakkan di depan berapa banyak sekalipun wang kalau pengurusan tidak bagus ia tidak akan mendapatkan hasil yang baik.

“Paling mustahak bagaimana kita hendak meningkatkan semangat terhadap pemain supaya 2017 ini akan mencipta sejarah untuk Selangor,” katanya.

Pada 30 Disember lalu, Azmin meletak jawatan sebagai presiden kerana membantah budaya “politik berlebih-lebihan, melakukan kerja cara lama dan mentaliti bergantung kepada subsidi” dalam FAS.

Azmin berkata beliau tidak mahu bersama dengan organisasi dan pengurusan FAS yang “tidak berwibawa”, “tidak komited” kepada perubahan, “bergelumang dengan budaya politik tidak bertanggungjawab” dan “mengecewakan penyokong dan rakyat”.

Terdahulu, Jamal bermuka celoreng bendera Selangor bersama penyokongnya hadir ke pejabat FAS untuk menyerahkan surat permohonan sebagai presiden.

Turut hadir mengiringi Jamal dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Shohaimi Shadan dan Datuk Ahmad Azhar.

Surat tawaran itu diserahkan kepada Exco FAS Adnan Sarrif.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (25)