Video: Berang tak diberi main smartphone, anak sepak ibu bertubi-tubi

26

Image may contain: one or more people, people standing and indoor

 

 

GHUANGZHOU – CHINA. Seorang remaja lelaki berusia belasan tahun sanggup menyepak ibunya bertubi-tubi semata-mata dihalang bermain telefon bimbit.

Kejadian berkenaan dirakamkan dalam sebuah video klip berdurasi 10 saat menjadi viral sejak semalam.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku di sebuah hospital di sini. Remaja lelaki ini dilihat menyepak ke arah badan ibunya sekurang-kurangnya lima kali dalam tempoh 10 saat.

Walaupun nenek kepada remaja itu turut berada di situ dan cuba menghalangnya, namun gagal.

Selepas menonton rakaman video klip itu, ramai netizen melahirkan perasaan marah dan terkejut kerana tidak menyangka seorang anak berusia belasan tahun tergamak bertindak kasar ke atas ibu kandungnya sedemikian rupa.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments