Rasuah: Bekas Pengarah Urusan TEKUN Nasional didakwa - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Mon, Jan 9th, 2017

Rasuah: Bekas Pengarah Urusan TEKUN Nasional didakwa

Image may contain: 2 people, people standing

 

 

SHAH ALAM: Bekas Pengarah Urusan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional), Datuk Abdul Rahim Hassan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua tuduhan rasuah, sebentar tadi.

Tertuduh yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TEKUN Nasional itu membuat pengakuan di hadapan Hakim Asmadi Hussin. Bagi tuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan berjumlah RM36,000 iaitu 10 peratus daripada hasil kutipan ‘Hutang Lapuk TEKUN Nasional’.

Perbuatan itu dilakukan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) pada 13 Januari 2015, antara jam 8.30 malam hingga 9 malam.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa menerima wang tunai berjumlah RM36,000 daripada Abdul Muhsin Abdul Rahmah sebagai dorongan mempercepatkan proses bayaran tuntutan Syarikat Pasadana Sdn Bhd.

Perbuatan itu dilakukan di Lobi Kelab Shah Alam pada 15 Januari 2015, jam 9.30 malam. Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sabit kesalahan, dia boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aida Adha Abu Bakar dan Wan Ahmad Nizam Wan Omar.

Asmadi menetapkan 8 Februari sebagai pengurusan kes manakala bicara bermula 13 hingga 17 Mac.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (18)