Iklan pil kuat seks guna gambar Siti tanpa kebenaran - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Mon, Jan 9th, 2017

Iklan pil kuat seks guna gambar Siti tanpa kebenaran

Image may contain: 2 people, people smiling, close-up

 

 

SUSULAN tindakan peniaga ubat pil kuat seks menggunakan gambarnya tanpa kebenaran dalam mempromosikan produk mereka, penyanyi no.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut.

Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, Siti yang terkejut dengan penyebaran iklan itu menegaskan tindakan peniaga yang menggunakan nama dan gambar beliau dan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa adalah satu kesalahan besar.

Peniaga tersebut sanggup mengaibkan beliau dan suaminya menerusi sebuah iklan di laman Instagram yang kemudian dikongsikan kepada akaun pengguna.

Promosi tersebut yang muncul dalam bentuk iklan di laman sosial pengguna kemudiannya dipautkan dengan satu artikel yang memfitnah dan memalukan pasangan tersebut apabila dikaitkan dengan masalah mati pucuk

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments