Bukan seorang, rupanya tinggalkan 2 lagi anak lelakinya - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Mon, Jan 9th, 2017

Bukan seorang, rupanya tinggalkan 2 lagi anak lelakinya

Image may contain: 1 person

 

 

TAMPIN, NEGERI SEMBILAN – Kes kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditinggalkan di sebuah rumah menjadi semakin rumit apabila siasatan polis mendapati, terdapat dua remaja lelaki di kediaman tersebut, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, seorang remaja berusia 13 tahun dan seorang lagi berusia 14 tahun yang merupakan anak kepada wanita berusia 36 tahun yang ditahan, berada di dalam rumah ketika kejadian itu berlaku.

Siasatan mendapati, dua remaja berkenaan tidur awal jam 9 malam, sementara Adam pula ditinggalkan di sebuah bilik.

“Sebaik kanak-kanak terbabit menangis pada jam 12.45 tengah malam, penduduk kampung segera memaklumkan kepada polis. Apabila penduduk mengetuk pintu rumah, dua remaja itu menyangka perompak dan terus melarikan diri menggunakan pintu belakang. Mereka terlupa Adam berada di dalam bilik.

“Dua remaja berkenaan bersembunyi di sebuah ladang kebun kelapa sawit antara 8 atau 10 jam,” katanya.

 

Polis temui kanak-kanak 3 tahun ditemui bersendirian di rumah

 

Anak tak sah taraf hasil perhubungan dengan lelaki warga asing

 

Suspek bukan ibu kandungnya, dipercayai anak orang lain

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (25)