Aiman Tino pernah tuduh anak Herman Tino hasil hubungan sulit

    15

     

     

    SHAH ALAM: Penyanyi lagu Melayu deli, Herman Tino, yang popular pada era 1980-an, mendakwa pernah dituduh menjalin hubungan sulit hingga melahirkan anak dikenali sebagai Aiman Tino yang mencetuskan fenomena dengan dendangan popular, Ku Rela Dibenci.

    Susulan gosip bertebaran, Herman atau nama penuhnya, Masrun Tamisi, 63, mengaku isterinya, Noraini Ibnu, turut mempersoalkan status hubungannya dengan Aiman.

    “Selepas Aiman menjadi sebutan, nama saya terpalit apabila ada pihak menganggap saya mempunyai anak tidak sah taraf.

    “Isteri pun bertanya apakah saya ada hubungan dengan ibu Aiman Tino. “Jenuh saya menerangkan kepada ister, namun biar apa pun tanggapan orang, saya tidak kisah,” katanya pada sidang media selepas bertemu Aiman di sini, hari ini.

    Pertemuan Herman dan Aiman diatur ibu bapa penyanyi remaja itu selepas masing-masing meluahkan hasrat berjumpa. Sementara itu, Aiman atau nama sebenarnya, Mohd Aiman Yusri, berkata pertemuannya dengan Herman adalah tanda hormat, lebih-lebih lagi selepas menumpang tuah nama penyanyi veteran itu.

    “Saya menggunakan nama Aiman Tino sejak berusia 12 tahun kerana ibu, Hazelina Mat Jali, begitu meminati Herman. Baru sekarang kami dapat berjumpa orangnya. “Ini adalah tanda penghormatan kepada Herman.

    Ada orang bertanya adakah kami mempunyai pertalian darah tetapi belum pernah lagi orang pertikai status saya sebagai anak tidak sah taraf. “Biasalah mulut orang macam-macam. Apa yang penting saya tahu asal usul saya,” katanya, Aiman juga tidak keberatan berduet dengan Herman jika penyanyi veteran itu sedia melakukannya.

    S

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments