MCA bantah himpunan 355 PAS - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Sun, Jan 8th, 2017

MCA bantah himpunan 355 PAS

Image may contain: 1 person, glasses

 

 

KUALA LUMPUR: MCA menyuarakan bantahan terhadap rancangan PAS untuk mengadakan himpunan bagi meningkatkan sokongan terhadap pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, himpunan yang dikenali sebagai Himpunan 355 itu boleh menyebabkan perpecahan antara kaum dan boleh dipanggil sebagai rang undang-undang “yang memecah-belahkan”.

“Kita membantah himpunan itu jika ia boleh mencetuskan ketegangan dan menyebabkan perpecahan di negara ini. Adalah penting bagi kita bertindak secara bertanggungjawab agar ia mengikut undang-undang dan peraturan,” katanya pada Ahad.

Bertemakan ungu, Himpunan RUU355 yang bakal diadakan secara besar-besaran di Dataran Merdeka pada 18 Februari depan, dijangka menarik perhatian kira-kira 300,000 peserta.

Ia diadakan untuk meningkatkan kesedaran ke arah mendapatkan sokongan bagi membentangkan RUU tersebut.

RUU itu dijangka dibentangkan semula apabila Parlimen bersidang semula pada Mac.

MCA dijangka membuat pembentangan kepada Kabinet, susulan laporan oleh biro perundangannya mengenai RUU berkenaan.

“MCA akan menentangnya sekiranya ia tiada dalam semangat Perlembagaan dan boleh menyebabkan perpecahan,” tegas Tiong Lai.

RUU itu dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dibacakan buat kali kedua pada November lalu, bagi memasukkan beberapa pindaan

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (10)