Aamir Khan dan Donnie Yen hero tidak didendang? - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Sun, Jan 8th, 2017

Aamir Khan dan Donnie Yen hero tidak didendang?

Image may contain: 1 person, text

 

 

Khan (king) di Bollywood ada 3, pertama Shah Rukh Khan, kedua Salman dan ketiga Aamir Khan. Sejak 90an takhta ini di pegang oleh Shah Rukh Khan, walau apa sahaja yang Aamir cuba buat, SRK dan Salman sentiasa mendahului baik dari segi lakonan dan kutipan panggung.

Sementara itu Dalam ‘dunia kepahlawanan China’, Jaguh tak kunjung kalah Hong Kong ada 3 iaitu Chan Kong-Sang, Li Lianje dan Yen Ji Dan. Apa tak kenal? Jackie Chan, Jet Li dan Donnie Yen daa…

Cita-cita Donnie sangat tinggi. Dia berharap sangat menjadi pengganti Bruce Lee. Tapi sejak 90an Donnie Yen sentiasa menjadi yang nombor 3. Situasi ketika itu tidak membenarkannya. Tak mungkin dia dapat memintas kedudukan Jet Li dan Jackie.

 

 

Watak keramat Wong fei Hung di monopoli mereka berdua ini. Malah jika dapat berlakon di samping mereka pun cuma membawakan watak crook (Once Upon a time in China II,Shanghai Knight, Heroes). Tika Jackie menjadi teraju utama Rush Hour dan Jet Li dalam Romeo Must Die. Donnie sekadar watak sampingan dan koreografer dalam Blade II dan Highlander. Dalam video preview game Onimusha watak Takashi Kaneshiro pun pakai dia punya koreo. Memang smart.

Begitu Donnie resumenya sangat kuat. Ramai mengenalinya sebagai pakar Wushu dan Wing chun. Tapi hakikatnya Donnie Yen adalah seorang yang serba boleh dalam mixed martial art. Kita boleh tengok kelainan cara berlawan itu dalam Flash Point 2007. Lebih 40 filem berjaya dilakonkan sejak 1984 dia masih dibayangi kehebatan Jackie dan Jet Li.

Namun filemnya yang ke-42 pada tahun 2008, telah menyebabkan senario itu berubah. Tika Jackie semakin berganjak usia dan Jet Li semakin pudar, watak Ip Man mahaguru Wing Chun memunculkan diri. Donnie Yen lantas tidak menoleh ke belakang lagi dengan sequel seterusnya. Dia kemudiannya turut mendapat tawaran dalam The Expandables pada 2011. Namun dengan sebab tertentu beliau menolak.

Walaupun dia tidak menjadi Wong fei Hung hero kebanggaan China. Orang ramai dah cop dia adalah adalah Ip Man, guru kepada Bruce Lee. Ironinya pada 1994, Donnie Yen cuma watak sampingan di sisi Michelle Yeoh yang berlakon sebagai pengasas Wing Chun.

Dan yang terbaharu, ‘pendekar buta dari gua hantu’ Star Wars-Rogue One juga tidak mengecewakan.

Berani saya katakan kedudukan sekarang telah berubah 1.Donnie Yen 2. Jackie Chan dan 3. Jet Li.

Begitu juga yang terjadi di Bollywood. Titik perubahan Aamir Khan menuaikan hasil pada tahun 2008 dengan ‘Ghajini’ dan ‘3 Idiots’. Dan kini Aamir mendahului Khan-khan yang lain dengan kejayaan ‘PK’ dan ‘Dangal’.

Jadi apa yang saya nak sampaikan adalah Aamir Khan dan Donnie dikemuncaknya kini pada usia lebih 50 tahun dan selepas berlakon berpuluh-puluh filem. Jadinya janganlah kita mudah menyerah kalah. Butakan mata, pekakkan telinga. Teruskan dengan cita-cita.

Kann… an,an,an. – Muhamad Khair

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (20)