PAS anjur himpunan mega 355 - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Sat, Jan 7th, 2017

PAS anjur himpunan mega 355

Image may contain: 14 people

 

 

 

SHAH ALAM: PAS akan menganjurkan himpunan solidariti Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) di Dataran Merdeka pada 18 Februari ini.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata himpunan itu bertujuan menunjukkan sokongan orang Islam terhadap RUU itu, selain memberi penjelasan mengenainya kepada orang bukan Islam.

“Ia dapat membangkitkan semangat umat Islam dalam menghadapi tentangan pihak yang tidak memahami dan cuba ambil kesempatan sehingga boleh mencetuskan suasana tidak harmoni.

“Kita menjemput semua pihak ke himpunan besar-besaran ini. Ia melibatkan lebih 200 NGO dan menjangka lebih 300,000 peserta menyertainya,” katanya pada sidang media di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), hari ini.

Tuan Ibrahim berkata penganjur yakin pihak berkuasa akan memberikan kebenaran untuk menggunakan Dataran Merdeka.

Sebaik selepas menangguhkan pembentangan RUU 355 kali kedua pada 24 November lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan satu perhimpunan raksasa akan diadakan untuk menunjukkan langkah itu mendapat sokongan pelbagai pihak.

Pada masa itu, Hadi berkata pembentangan ditangguhkan bagi mengadakan proses penerangan kerana masih ramai yang tidak memahami perkara itu.

Mengulas hal itu, Tuan Ibrahim berkata proses penerangan yang dilakukan PAS dan NGO lain kepada masyarakat berlangsung dengan baik.

“Bukan saja PAS, rakan NGO juga turut buat penjelasan menerusi sesi diskusi dan penulisan artikel, dan kita dapat lihat (penentangan) kian reda, termasuk di kalangan orang bukan Islam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata jemputan akan dihantar kepada semua pihak, termasuk kepada parti serpihannya Amanah dan seterunya DAP.

“Kita jemput semua,” katanya ketika ditanya wartawan selepas sidang media.

Beliau berkata proses jemputan akan dibuat seminggu dari sekarang, namun terpulang kepada mereka sama ada untuk menyertainya atau tidak.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (25)