Isu Joe digugurkan: “Biar kami selesaikan dulu” – Awie

    15

    Image may contain: 4 people, people standing and sunglasses

     

     

    PETALING JAYA: Vokalis Wings iaitu Awie enggan mengulas berkaitan kemelut yang melanda kumpulan legenda itu sehingga timbul khabar angin pemain gitar utamanya, Joe bakal digugurkan.

    Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, berkata, perkara tersebut merupakan masalah dalaman kumpulan berkenaan dan ia dalam proses untuk diselesaikan.

    “Buat masa ini saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara itu kerana ia adalah masalah dalaman kumpulan Wings.

    “Biarlah kami selesaikannya secara baik terlebih dahulu, kemudian kami akan jelaskan kepada media,” ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

    Awie diminta mengulas tentang dakwaan pemain gitar utama iaitu Joe atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir, 48, disingkirkan selepas dikhabarkan menjadi punca kumpulan tersebut terpaksa membatalkan konsert mereka di Kota Kinabalu, Sabah.

    Joe Wings dituduh punca konsert dibatalkan.

    Terdahulu, Konsert Wings 30 tahun ‘Live’ @ Kota Kinabalu yang dijadualkan berlangsung di Stadium Likas pada 24 Disember lalu ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

    Sementara itu, Awie berkata, dia tidak mahu memanjangkan perkara berkenaan dengan mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

    “Jika saya buat kenyataan ia akan memanjangkan perkara ini dan dituduh membawa cerita pula. Biarlah kami selesaikan dahulu ya,” ujarnya Awie penuh berhemah yang menggambarkan dia benar-benar sayangkan kumpulan itu.

    Sementara itu, usaha mendapatkan kenyataan daripada Joe berkaitan isu ini sejak dua hari lalu masih gagal apabila dia memberi alasan sedang sibuk seolah-olah mengelak untuk ditemubual.

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments