PAS putus kerjasama talak tiga dengan DAP - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Mon, Jan 2nd, 2017

PAS putus kerjasama talak tiga dengan DAP

Image may contain: 1 person, close-up

 

 

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menegaskan bahawa parti itu telah ‘putus kerjasama talak tiga’ dengan DAP.

Kata beliau, PAS sama sekali tidak boleh menerima DAP yang angkuh dan mahu menjadikan PAS sebagai batu loncatan supaya parti itu dapat merampas pemerintahan Malaysia.

“DAP menyerang Presiden PAS dan mengutuk PAS walaupun kita duduk bersama (dalam Pakatan Rakyat). Tak betul cara tu. PAS tidak maksum (boleh bekerjasama dengan sesiapa) tetapi tidak melanggar syariah dan syarak.

“Sebab itu PAS tidak boleh terima DAP.. putus terus, kerat, talak tiga,” tegasnya seperti yang terkandung dalam satu rakaman video ucapannya pada satu majlis yang dimuat naik di laman Facebook rasmi PAS hari ini.

Beliau berkata demikian di hadapan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang menyertai majlis itu dan mendapat sorakan gemuruh penyokong PAS.

Terdahulu Tian Chua dalam ucapannnya kelihatan membodek PAS supaya kembali menyertai pakatan pembangkang dengan mendakwa kononnya PKR menggangap PAS sebagai abang manakala Kelantan sebagai Madinah.

PAS disingkirkan daripada pakatan pembangkang oleh DAP dan PKR pada tahun lalu kerana enggan berkomporomi dalam beberapa isu akidah Islam yang tidak digemari DAP dan PKR.

DAP dan PKR kemudian bertindak membubarkan Pakatan Rakyat dan menubuhkan Pakatan Harapan yang turut dianggotai parti Islam baharu iaitu Parti Amanah Negara (PAN) bagi menggantikan PAS.

PAN pula ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS yang taksub kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkembangan mutakhir bagaimanapun menyaksikan DAP dan PKR kehilangan sokongan kaum Melayu sejak menyingkirkan PAS walaupun memilik parti Islam baharu.

Berikutan itu, beberapa pemimpin PKR mula memujuk PAS supaya kembali bekerjasama dengan mereka walaupun langkah itu ditentang hebat DAP dan PAN.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (20)