Geng ‘panjat Ipoh’ serah diri

19

Image may contain: grass and outdoor

 

 

Ipoh: Kumpulan pendaki yang melakukan aksi bahaya memanjat mercu tanda ‘IPOH’ di Jalan Kuala Kangsar di sini tampil memberi keterangan kepada pihak polis pagi ini.

Difahamkan lapan individu terbabit tampil bagi membantu siasatan berhubung tindakan mereka lakukan itu.

Menurut sumber kumpulan berkenaan hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kira-kira jam 10 pagi tadi.

“Kesemua mereka diambil keterangan dan setakat ini lapan individu yang tampil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, polis minta semua individu yang terbabit memanjat mercu tanda ‘IPOH’ tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan berhubung tindakan berbahaya yang mereka lakukan itu.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya sudah menerima laporan polis dibuat seorang pegawai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berhubung kejadian berkenaan.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu kerana perbuatan membahayakan diri sendiri atau orang lain.

“Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan tindakan penjara tidak lebih tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya,” katanya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments