PPBM singkir Anina sebagai ketua wanita - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Mon, Dec 26th, 2016

PPBM singkir Anina sebagai ketua wanita

Image may contain: 1 person, close-up and text

PETALING JAYA: Anina Saadudin menegaskan dirinya dipecat daripada jawatan ketua wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), namun dakwaan itu dipertikaikan Ketua Penerangan, Datuk Kamarudin Md Nor.

Anina berkata, beliau sudah tanya Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang mengesahkan keputusan menyingkirkan beliau daripada jawatan itu.

“Mereka kata saya tidak disyorkan Majlis Presiden untuk dilantik sebagai ketua Srikandi,” katanya merujuk nama sayap itu.

Katanya, beliau mengangkat sumpah jawatan itu pada 2 November lalu dan secara rasmi menjadikan beliau ketua Srikandi.

Kamarudin ketika dihubungi berkata, Anina tidak pernah dilantik dan angkat sumpah beliau merupakan “kesilapan teknikal”.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (1)