“Dia (PAS) ingat dia kuat” - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Dec 15th, 2016

“Dia (PAS) ingat dia kuat”

Image may contain: 1 person, close-up

 

 

KUALA LUMPUR – “Orang ajak berunding agar sama-sama selamat. Tapi dia ingat dia kuat,” kata Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat.

Katanya, pihak yang beliau maksudkan itu tidak sedar diri kerana semua pihak mahu berunding dengannya tanpa menyedari dia sebenarnya lemah.

“Orang datang nak membantu agar sama-sama selamat. Tapi dilabelnya dengan pelbagai labelan. Orang macam ini pun ada kat dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Beliau dipercayai merujuk kata-katanya itu kepada bekas partinya, PAS kerana menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN semalam menandatangani kerjasama longgar dengan PPBM iaitu semata-mata untuk menumbangkan parti Melayu UMNO.

Pakatan Harapan berulang kali memujuk PAS yang disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang pada tahun lalu supaya kembali menyertai pakatan pembangkang.

Pakatan Harapan kemudian mempergunakan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memujuk PAS supaya bekerjasama dengan mereka tetapi masih gagal hingga hari ini.

Muhyiddin yang berang kerana usahanya gagal memberi kata dua kepada PAS sama ada kembali menyertai pakatan pembangkang atau terus diketepikan.

Presiden PPBM itu memberi tempoh kepada PAS sehingga akhir tahun ini untuk membuat keputusan.

“Mula-mula kami seorang diri kemudian bertiga dan sekarang berempat.

“Yang duduk seorang diri pilihlah nak duduk dengan kami atau nak duduk sebelah sana. Kambing yang terlepas sendirian mudah dimakan serigala,” sindir Suhaizan. –

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (19)