Teruk sangatkah anak muda kita? - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Fri, Sep 9th, 2016

Teruk sangatkah anak muda kita?

 

INGATKAN menjelang Hari Raya Haji adalah pandangan baik untuk anak muda. Paling tidak kata-kata semangat.

Tetapi akhirnya Wal Hasil Balik Asal.

Sesuatu yang sangat mengejutkan apabila mendengar ceramah ustazah tersohor di radio pagi ini. Dalam tazkirah menjelang ibadah korban, setengah mati ditalanya anak muda. Dalam luas topik korban, yang dipilihnya ialah mengaitkan anak muda terutama gadis dengan budaya kesia-siaan mengorbankan maruah diri untuk teman lelaki.

“Pengorbanan bukan menyerahkan tubuh kepada ‘boyafren’ (boyfriend),” katanya.

Ini satu kelangsungan kolot pada agamawan terhadap anak muda. Satu warisan pandangan prejudis dan sentiasa melihat dalam konteks agama, pendosa ialah anak muda. Bayangkan… punya luas semangat Hari Raya Korban anak muda juga yang dicirikan sebagai yang tidak celik agama dan pemaksiat.

Hari ini pendosa tidak relatif pada anak muda sahaja. Pemaksiat pun tidak semata-mata relatif anak muda. Penghuruhara agama dan perosak nilai Islam kebanyakkan orang lama. Malah agamawan yang paling teruk mengharu-birukan kestabilan Islam sebagai agama persaudaraan.

Baca akhbar. Yang sengit berkelahi dan berperang hal remeh-temeh pasal Islam ialah orang agama. Mereka para agamawan yang tua dan sangat dewasa umurnya.

Tengok berita. Wajah-wajah perasuah yang melingkupkan intergriti negara dan nilai agama ialah orang dewasa. Umur yang rumah kata pergi kubur kata mari.

Para agamawan! Sila lihat realiti. Jangan pejam mata dan asyik mengulang benda-benda yang sakit telinga kita mendengarnya.

Balik-balik anak muda itu pendosa!

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (5)