Proton Persona versi baharu dilancarkan - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Tue, Aug 23rd, 2016

Proton Persona versi baharu dilancarkan

 

AKHIRNYA, model terbaharu Proton Persona dilancarkan secara rasmi secara serentak di seluruh negara pada Selasa selepas Proton melancarkan Perdana versi baharu generasi keempat baru-baru ini.

Persona tersebut malah didatangkan dengan tiga model terpilih termasuk Standard, Executive dan Premium – yang semuanya dijana oleh enjin berkuasa 1.6 liter DOHC empat silinder VVT petrol.

Lebih menarik, semuanya mempunyai standard keselamatan lima bintang ASEAN NCAP. Proton Persona serba baharu ini ialah generasi kedua keluarga Persona yang mula diperkenalkan pada 2007.

Enam pilihan warna ditawarkan kepada bakal pembeli termasuk Midnight Black, Sterling Silver, Cotton White, Graphite Grey, Fire Red dan warna baharu, Carnelian Brown.

persona1

persona2

persona3

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali sebelum ini dilaporkan berkata pengeluar kereta nasional itu menawarkan perkhidmatan percuma selama tiga tahun yang meliputi alat ganti dan perkhidmatan buruh.

Ia sebagai tawaran pengenalan untuk tempahan yang dibuat sehingga 30 September 2016 dan langkah unik tersebut bertujuan menjadikan pelancaran model baharu itu lebih diingati seiring dengan bulan Kemerdekaan Malaysia.

Berikut adalah harga yang ditawarkan termasuk insurans:
1.6 Standard 5MT – RM46,350 (solid), RM46,800 (metalik)
1.6 Standard CVT – RM49,350 (solid), RM49,800 (metalik)
1.6 Executive CVT – RM55,350 (solid), RM55,800 (metalik)
1.6 Premium CVT – RM59,350 (solid), RM59,800 (metalik), bodykit tambahan RM1,000.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (7)