Polis: Tiada bom dalam beg ditinggal di Bangsar

49

 

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur mengesahkan sebuah beg yang ditemui di laluan pejalan kaki di Bangsar di sini Rabu tidak mengandungi bom atau sebarang bahan letupan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, polis menerima laporan pada 12.40 tengah hari tadi daripada orang awam yang menjumpai beg itu di Jalan Telawi off Jalan Terasek 1.

“Polis menghantar sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) dan anjing pengesan (K9) ke lokasi untuk membuat pemeriksaan dan mendapati beg itu berisi pakaian dan dipercayai ditinggalkan di situ,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menyaksikan pelupusan barang kes polis bagi kegiatan perjudian dalam talian di Balai Polis Bukit Jalil di sini. – Bernama

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments