Penyelia tuntut seks jika mahu balik awal - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Aug 4th, 2016

Penyelia tuntut seks jika mahu balik awal

 

RAKAMAN video secara langsung dirakam seorang transgender dari Hawaii, Makana Milho menjadi viral apabila menunjukkan penyelianya, Harold Villanueva Jr. menuntut seks sekiranya wanita itu mahu pulang awal dari kerja.

Rakaman itu disiarkan Makana, 21; secara live menerusi laman Facebook miliknya, baru-baru ini.

Makana memulakan rakaman sebaik dia mula menaiki kereta penyelia pembersihan itu yang kemudian membawanya ke tempat parkir kereta yang sunyi.

 

Harold Villanueva Jr

HAROLD VILLANUEVA JR

Dalam video itu Makana sedang menjalankan hukuman khidmat komuniti dengan membersihkan tandas, bertanyakan,”Jika saya tak lakukan seks, saya perlu tunggu sehingga jam 1 tengah hari?”

Harold kemudian menjawab: “Jika awak tak mahu kondom, saya tak kisah awak ‘blow*** saya”.

Makana kemudiannya menyarankan kepada Harold untuk mencari kondom dalam kalangan rakan-rakannya sebagai salah satu usaha untuk mengelakkan perlakuan jijik itu berlaku di antara dirinya dan Harold.

Menurut Makana lagi, Harold dengan bangganya bercerita dia selalu berbuat demikian terhadap pekerja wanita lain sekiranya mereka mahu pulang kerja awal.

Susulan penyebaran video itu, pihak polis telah menahan Harold atas dakwaan serangan seksual tahap empat. – MYNEWSHUB.CC

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (20)