Heboh! Jajan bermotif lucah ada logo halal

34

 

JAJAN dengan nama tidak senonoh dan imej bermotifkan lucah dikesan berleluasa dijual di pasaran Indonesia walaupun terdapat logo ‘halal’ pada bungkusannya.

Pihak berkuasa republik tersebut meminta orang ramai agar lebih berwaspada dan segera melaporkan kepada pihak berwajib jika menemui produk makanan ringan yang sedemikian.

Antara jajan yang memaparkan keadaan iu ialah mi segera berjenama Bikini dengantagline “Remas Aku”. Bukan itu sahaja, bungkusan produk tersebut menggunakan ilustrasi seorang perempuan yang hanya memakai pakaian dalam.

Menurut media tempatan, Yayasan Lembaga Konsumer Indonesia, dengan tegas meminta Badan Pengawas Obat dan Makanan untuk merampas jajan Bikini yang kini didapati turut dijual secara dalam talian.

“Harap pengguna tidak membeli produk makanan ini, khususnya untuk kanak-kanak,” kata jurucakap organisasi tersebut yang medakwa ia boleh merosakkan minda kanak-kanak kepada pemikiran lucah.

Jika tidak diperhatikan ujarnya, pihak pengeluar sengaja memutarbelitkan jenama bungkusan sebolehnya. Contohnya pada label kandungan makanan terdapat maklumat yang tidak berkaitan dengan komponen makanan.

Ia sebaliknya hanya memaparkan ayat manis berbunyi: “Rahsianya: Bihun, Rempah Pilihan, Minyak kelapa, rasa yang dulu pernah ada dan sebongkah kasih sayang.”

Selain itu, pengeluar meletakkan teks cara penggunaan produk dengan warna seksi antaranya: “Pemedih mata, muat secukupnya, nikmati.” dan di bahagian belakang produk tersebut lengkap dengan ilustrasi yang tidak senonoh. -MYNEWSHUB.CC

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments