Perodua Bezza, model sedan sulung keluaran PERODUA

69

 

VIRAL di laman sosial foto-foto dan risalah model kereta terbaharu keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) hangat diperkatakan netizen.

Sejak 20 tahun bertapak dalam industri automotif dengan pelbagai model kereta yang telah dikeluarkan. Kini Perodua tampil pula dengan model sedan.

Perodua Bezza, Model Sedan Sulung Keluaran PERODUA

Perodua Bezza, Model Sedan Sulung Keluaran PERODUA

Menerusi pencarian Mynewshub di laman sosial, model baharu itu diberi nama Perodua Bezza merupakan model sedan sulung syarikat automotif terkemuka tempatan.

Menurut sebuah portal permotoran, Careta, yang berkesempatan memandu uji model terbaharu itu memberitahu bahawa model tersebut didatangkan dengan dua varian iaitu iaitu 1.0 liter dan 1.3 liter.

Perodua Bezza, Model Sedan Sulung Keluaran PERODUA

Perodua Bezza, Model Sedan Sulung Keluaran PERODUA

Perodua Bezza, Model Sedan Sulung Keluaran PERODUA

Varian 1.0 liter didatangkan dengan transmisi manual 5-kelajuan, transmisi automatik 4-kelajuan dan Standard G iaitu manual dan auto. Manakala varian 1.3 liter menawarkan transmisi manual 5-kelajuan, transmisi automatik 4-kelajuan. Bagi Premium X terdapat dalam manual dan auto dan bagi Advance pula hanya auto sahaja.

PERODUA Sedan 1.0 Liter:

Transmisi manual 5-kelajuan
Transmisi automatik 4-kelajuan
Standard G (manual dan auto)

PERODUA Sedan 1.3 Liter:

Transmisi manual 5-kelajuan
Transmisi automatik 4-kelajuan
Premium X (manual dan auto)
Advance (auto sahaja)

Bagaimanapun, anggaran harga bagi kedua-dua jenis model terbaharu ini dijangka berada antara RM30,000 hingga RM55,000.

Perodua Bezza, Model Sedan Sulung Keluaran PERODUA

Perodua Bezza, Model Sedan Sulung Keluaran PERODUA

Antara spesifikasi lain yang terdapat pada model sedan ini ialah dibina dengan objektif penggunaan bahan api serendah 22.9 km/l dan memenuhi ciri-ciri kenderaan Energy Efficient Vehicle (EEV).

Selain itu, tempat letak barang atau boot Perodua baharu mempunyai kapasiti sebesar 508 liter lebih besar dari boot Toyota Vios dan Nissan Almera.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments