Dr Zakir Naik bina telefon pintar dengan aplikasi Islam

43

 

KINI anda boleh menikmati telefon pintar jenis android bercirikan Islam yang dibangunkan oleh penceramah popular Dr Zakir Naik.

Digelar Peace Mobile 2, produk itu yang didakwa “satu-satunya telefon pintar Islamik di dunia” menawarkan ratusan lapisan muka, nada dering dan lebih 80 jam ceramah dalam tiga bahasa, termasuk Inggeris.

“Dr Zakir Naik membangunkannya dengan aplikasi yang disahkan Islamik dengan tambahan 80 jam kuliahnya di PeaceTV.

“Anda akan mendapat akses penuh aplikasi asli, yang disahkan beliau, dan 80 jam ceramahnya yang eksklusif. Capaian penuh PeaceTV bila-bila masa dan di mana sahaja,” menurut poster promosi di laman webnya.

Aplikasi di telefon ini juga menyediakan lebih 100 kepingan seni Islam sebagai lapisan muka dan lebih 200 nada dering.

Menurut beberapa blog, Peace Mobile versi pertama dilancarkan oleh Dr Zakir pada 2013 dan versi terbaru ini dilancarkan dua tahun lalu.

– See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/dr-zakir-bina-telefon-pintar-dengan-aplikasi-islam#sthash.BD3HaoBM.dpuf

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments