VW lancar Vento baharu, harga dari RM76,888 - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, May 19th, 2016

VW lancar Vento baharu, harga dari RM76,888

 

KUALA LUMPUR: Volkswagen Malaysia hari ini melancarkan Volkswagen Vento baharu, model pemasangan tempatan (CKD) yang ditawarkan dalam tiga varian.

Tiga varian yang ditawarkan ialah Trendline, Comfortline dan Highline. Vento Highline 1.2 liter (L) dikuasakan oleh enjin TSI bersama pengecas turbo dan pancitan bahan api yang dipadankan dengan kotak gear DSG 7-kelajuan yang mampu menghasilkan tork 175Nm.

Varian Comfortline dan Trendline 1.6L hadir bersama transmisi automatik enam kelajuan dengan fungsi Tiptronic yang menghasilkan kuasa 105PS, tork maksimum 153 NM dan penggunaan bahan api sekitar 6.5L bagi setiap kilometer.

Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller, berkata Vento adalah sedan yang memiliki segala-galanya termasuk prestasi, keselamatan, reka bentuk dan inovasi.

Beliau berkata, sebagai model Volkswagen CKD terkini, Vento akan memainkan peranan penting dalam strategi pihaknya untuk menjadikan kenderaan Volkswagen lebih mudah diakses dan mampu milik buat rakyat Malaysia.

“Dengan pengenalan beberapa varian, kami percaya sudah memiliki kereta yang sesuai untuk keperluan setiap orang.

“Vento ialah sedan paling laris di beberapa negara lain seperti India, Russia dan Amerika Latin dan kami yakin dapat mengulangi kejayaan itu di pasaran Malaysia,” katanya pada majlis pelancaran model itu di sini, sebentar tadi.

Vento baharu ditawarkan pada harga RM76,888 untuk Trendnline, RM86,888 untuk Comfortline dan RM93,888 bagi Highline. Model terbabit ditawarkan dalam lima warna iaitu putih, merah, perak, kelabu dan hitam.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (9)