Demi alam sekitar, Apple gesa tukar iPhone setiap tiga tahun - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Apr 20th, 2016

Demi alam sekitar, Apple gesa tukar iPhone setiap tiga tahun

 

LONDON: Apple menjangkakan pengguna menukar produknya iPhone, iPad dan jam tangan setiap tiga tahun, dan paling lama empat tahun bagi komputer riba Mac dan Apple TV.

Syarikat gergasi itu mendedahkan kesan kerosakan alam sekitar, atau “pelepasan gas kesan rumah hijau”, penyebab pemanasan dunia, produk-produk itu di laman webnya baru-baru ini.

“Tempoh penggunaan, dari pemilik pertama, peranti-peranti berasaskan sistem operasi OS X dan tvOS dijangka empat tahun dan bagi iOS dan watchOS pula tiga tahun,” katanya seperti dipetik portal The Independent.

Apple selama ini dituduh mengamalkan dasar “kelapukan terancang”, yakni peranti lama tidak sesuai digunakan apabila aplikasi dan perisian yang dikemaskini hanya disokong model baru.

 

 

Pendedahan tempoh penggunaan ini, dalam projek kitar semula syarikat itu yang pro-alam sekitar, akan dituduh sedemikian walau Apple tidak pernah melayan dakwaan tersebut.

Sekurang-kurangnya 30 peratus iPhone dibeli dalam tempoh kurang 18 bulan lalu, menurut kajian firma penyelidikan Localytics di Amerika Syarikat. Kira-kira 30 peratus daripada itu model iPhone 6, yang mula dikeluarkan sejak September 2015.

Model paling murah iPhone yang dijual dalam kedai ata

s talian Apple berharga £359 (RM1988). Maknanya, ia berharap pengguna berbelanja lebih £1,000 untuk kekal dengan model itu dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Dokumen tempoh penggunaan produk-produknya diumumkan sempena Apps for Earth, kempen kelestarian alam syarikat itu selama seminggu.

 

 

Sehingga Isnin depan, semua keuntungan daripada jualan 27 produknya dalam tempoh itu akan didermakan kepada NGO alam sekitar terkenal World Wildlife Fund (WWF).

Baru-baru ini, Apple mendedahkan ia mengumpul semula 2,204 pound (999.7 kg) emas daripada telefon-telefon keluarannya yang dikitar semula tahun lalu. Jumlah ini bersamaan US$40 juta.

Syarikat itu menyatakan ia mengumpulkan hampir 90 juta pound (41 juta kg) buangan elektronik melalui program kitar semulanya.

Hasilnya, selain emas, ia mendapat kembali 6,612 pound (2,999 kg) perak, 2.9 juta pound (1.3 juta kg) tembaga dan 23.1 juta pound (10.5 juta kg) keluli.

 

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (3)