HP lancar komputer riba paling nipis minggu ini - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Tue, Apr 5th, 2016

HP lancar komputer riba paling nipis minggu ini

 

SEJAK syarikat HP dibahagikan kepada dua, ia boleh dikatakan agak senyap dan tidak mengeluarkan sebarang produk baru.Tetapi mereka telah menyusun semula strategi pemasaran untuk kembali aktif dalam bidang teknologi.

Firma teknologi itu kini hadir dengan beberapa produk baharu antaranya telefon pintar Windows 10 Mobile tetapi lebih ditujukan kepada penggua perusahaan.

Terbaharu, HP bakal memperkenalkan sejumlah produk terkini keluaran mereka pada minggu ini. Salah satu daripadanya adalah komputer riba.

Menurut sumber, komputer riba yang dihasilkan oleh HP adalah yang paling nipis.

Sebelum ini, HP mengeluarkan rekaan yang sangat premium dan kini, mereka lebih memfokuskan kepada rekaan nipis untuk memudahkan pengguna membawa komputer riba seperti Macbook Air dan beberapa komputer riba yang lain.

Walaupun ciri-ciri yang terdapat di dalam komputer riba terbaharu HP ini masih belum diketahui, tetapi ini merupakan salah satu strategi HP untuk berdepan dengan masalah pemasaran komputer riba yang semakin merudum dari hari ke hari.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (6)