Apple lancar iPhone SE - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Tue, Mar 22nd, 2016

Apple lancar iPhone SE

 

CUPERTINO: Apple Inc hari ini melancarkan keluaran terbaharu iPhone SE yang menampilkan ciri bertaraf tertinggi dan dijual pada harga murah secara relatif tetapi masa depan dalam pasaran utamanya seperti China dan India mungkin terhad berdasarkan saiz yang kecil.

Pada majlis pelancaran produk itu di Cupertino, California, Naib Presiden Apple yang mengetuai Pemasaran Produk iPhone, Greg Joswiak menjelaskan bahawa China adalah sasaran pasaran manakala paparan skrin empat inci yang terdapat pada iPhone SE masih popular di kalangan pembeli telefon pintar pertama kali.

iPhone SE dengan spesifikasi menggunakan pemproses terkini, pengimbas ibu jari dan Apple Pay dan dijual pada harga AS$399 (RM1,619), hamir 40 peratus lebih murah berbanding iPhone 6S yang dijual pada harga AS$649 (RM2,633).

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (10)