iPhone 7 Plus: Gambar kamera berkembar tersebar

51

 

ACARA khas pelancaran iPhone SE akan berlangsung 21 Mac ini sudah semestinya pandangan dunia tertumpu kepada peranti yang dikatakan mempunyai saiz skrin sebesar 4 inci. Ia dihasilkan kerana masih ramai peminat Apple mahukan peranti yang bersaiz kecil kerana lebih mudah digunakan dengan sebelah tangan.

Sungguhpun pelancaran SE semakin hampir, ura-ura tentang iPhone 7 masih menjadi tanda tanya, namun kamera berkembar yang dikatakan untuk iPhone 7 Plus telah bocor dan tersebar di internet.

Dua kamera berkembar ini tidak mempunyai saiz yang sama. Ini kerana ia menggunakan sistem yang sama seperti dilihat pada LG G5. Satu sensor kamera untuk melakukan zoom manakala sebuah lagi kamera untuk mengambil gambar pada jarak dekat dan dilengkapi lensa sudut lebar.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments