Samsung menang kes rayuan paten terhadap Apple

18

 

SAN FRANCISCO: Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat memutuskan kemenangan Samsung ke atas Apple dalam perang paten yang berlarutan sekian lama, sekali gus mengetepikan keputusan juri yang memerintahkan bayaran pampasan AS$119.6 juta (RM499 juta) kepada pengeluar telefon pintar, Apple.

 

Menurut salinan keputusan yang dimuat naik ke internet, mahkamah memutuskan bahawa dua paten Apple yang menjadi isu – ciri ‘auto-correct’ dan ‘slide to unlock’ – adalah tidak sah.

 

“Kita gembira dengan kejayaan ini dari Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat mendapati dua paten Apple yang tidak sepatutnya dikeluarkan,” menurut Samsung dalam satu kenyataan.

 

“Keputusan hari ini adalah kemenangan bagi pilihan pengguna dan meletakkan persaingan kembali ke tempat asal iaitu di pasaran, bukan mahkamah.”

 

Apple pada asalnya memfailkan saman terhadap Samsung pada tahun 2012, mendakwa gergasi elektronik Korea Selatan itu mencabuli paten berkaitan telefon pintar.

 

Samsung menafikan ia melakukan kesalahan dan memfailkan saman balas dengan mendakwa Apple mencabuli sebahagian paten miliknya. – AFP

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments