Iphone bersaiz 4 Inci dan Ipad Air 3 Pada 18 Mac ini - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Feb 18th, 2016

Iphone bersaiz 4 Inci dan Ipad Air 3 Pada 18 Mac ini

 

 

URA-URA tentang kehadiran Iphone bersaiz 4 inci semakin hangat dibincangkan akhir – akhir ini.

Pihak Apple kemungkinan akan mengumumkan 2 peranti utama mereka iaitu Ipad Air 3 dan Iphone terbaharu yang dipercayai akan diberikan nama Iphone 5se pada 15 March ini.

Berita ini semakin hangat dibincangkan apabila laman web 9to5Mac mengumumkan Apple bakal menjual 2 peranti seawal 18 Mac 2016 iaitu seawal 3 hari selepas pelancaran.

Iphone 5se yang dipercayai diambil nama daripada Iphone 5 Special Edition itu bakal hadir dengan skrin bersaiz 4 inci dan bakal mempunyai spefikasi seakan akan Iphone 6 termasuk fungsi Apple Pay.

Ipad Air 3 bakal hadir dengan saiz skrin 9.7 inci serta bakal mempunyai fungsi yang hampir sama dengan Ipad Air Pro termasuk kedudukan speaker pada Ipad tersebut.

Kami percaya produk ini akan hadir dengan kurang hype jika nak dibandingkan dengan pengumuman flagship Iphone seperti sebelum sebelum ini. Iphone 5se juga kemungkinan akan menggantikan penjualan Iphone 5c sebelum ini.

Setakat ini belum ada pengumuman atau jemputan rasmi daripada pihak Apple meskipun bulan Mac akan tiba tidak lama lagi.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (9)