Saham berkaitan Petronas paling rugi

28

 

 

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia didagangkan dalam tekanan sepanjang pagi dengan saham berkaitan Petronas menerajui kaunter rugi.

Pada jam 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,645.13, turun 12.48 mata selepas berlegar antara 1,644.54 dan 1,657.89 sehingga tengah hari.

Pasaran diselubungi sentimen negatif dengan 555 kaunter rugi mengatasi 274 untung manakala 273 kaunter tidak berubah, 620 tidak didagangkan dan 12 kaunter lagi digantung.

Pendapatan mencatatkan sebanyak 1.003 bilion saham bernilai RM757.819 juta. Menerajui kaunter rugi adalah Petronas Gas (-40 sen kepada RM21.42) dan Petronas Chemicals (-22 sen kepada RM7.33), manakala kaunter untung utama adalah British American Tobacco (+84 sen kepada RM54.94) dan Petron (+44 sen kepada RM6.62). – Bernama

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments