IPO KTC Bhd catat premium 15 sen, dibuka pada 30 sen - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Nov 25th, 2015

IPO KTC Bhd catat premium 15 sen, dibuka pada 30 sen

ekonomi

 

KUALA LUMPUR: Tawaran Awam Permulaan (IPO) syarikat pengedar dan pengeluar barangan pengguna berpangkalan di Sabah, Kim Teck Cheong Consolidate Bhd (KTC) mencatatkan premium 15 sen selepas dibuka pada 30 sen.

Kemunculan sulungnya menyaksikan 14.01 juta saham didagang pada pembukaan dagangan awal.

Menurut Pengarah Eksekutif KTC Bhd, Dexter Lau, KTCbakal mengembangkan perniagaannya ke Sarawak dan Brunei.

“Pada masa ini fokus kita adalah untuk mengukuhkan perniagaan kami di Sarawak dan juga perniagaan baru kami di Brunei.

“Kami memang berniat untuk mengembangkan lagi perniagaan kami. Oleh itu, kami akan menerima semua peluang perniagaan” kata Dexter.

Kim Teck Cheong akan turut menubuhkan pusat pengedar baru di Brunei bernilai RM1.54 juta dengan menggunakan dana dalaman.

Ini adalah pusat pengedar yang ke-19 KTC.

Tambah Dexter, KTC menjangka mengekalkan pertumbuhan pendapatannya yang kukuh menjelang tahun kewangannya yang akan berakhir pada 30 Jun 2016.

Tawaran Awam Permulaannya berjaya mengumpul RM21.3 juta.

Hasil IPO ini akan digunakan untuk kemudahan gudang dan memperkenalkan produk baru, biarpun dengan kelembapan ekonomi semasa. – Astro Awani

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (13)