Ringgit Malaysia dijangka pulih separuh pertama 2016 - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Mon, Oct 12th, 2015

Ringgit Malaysia dijangka pulih separuh pertama 2016

ekonomi

 

 

PETALING JAYA: Ringgit Malaysia dijangka pulih antara kadar RM3.90 hingga RM4.20 pada separuh pertama tahun depan, disokong dengan pertumbuhan ekonomi global yang juga diramal lebih baik, demikian menurut pakar ekonomi, Dr Yeah Kim Leng.

“Dua faktor ini iaitu pemulihan harga minyak dan pertumbuhan stabil China dijangka mendorong ringgit kembali mengukuh kerana pada masa ini pasaran tukaran mata wang menerima impak daripada jangkaan sentimen sehingga membawa kepada
penarafan rendah Tukaran Mungkir Kredit (CDS).

“Untuk itu, saya melihat ringgit boleh mencecah sekitar RM3.90 hingga RM4.20 pada separuh pertama tahun depan dengan menunjukkan tanda pemulihan bermula pada awal 2016,” katanya.

Nilai ringgit juga boleh menjangkau RM3.80 dalam tempoh panjang sekiranya beberapa isu kontroversi dapat diselesaikan.

Bukan sahaja RM, beberapa mata wang lain juga menerima kesan akibat kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS pada Disember ini.

“Bagaimanapun, pada tahun depan diharap faktor luaran dapat membantu mengukuhkan kembali ringgit dan meningkatkan semula permintaan kepada eksport,” katanya.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (31)