Langkah proaktif ekonomi bantu naikkan ringgit - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Tue, Sep 15th, 2015

Langkah proaktif ekonomi bantu naikkan ringgit

 

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka kukuh berbanding beberapa mata wang utama hari ini kerana permintaan didorong keyakinan ekonomi domestik akan mantap berikutan langkah ekonomi proaktif diumumkan Perdana Menteri semalam.

 

Pada pembukaan hari ini, ringgit disebut harga pada 4.2950/3030 berbanding dolar AS daripada 4.3060/3140 semalam.

 

Seorang peniaga berkata inisiatif jangka pendek dan sederhana untuk melindungi ekonomi dapat mengembalikan keyakinan pelabur terhadap kemantapan ekonomi negara.

 

Ringgit juga naik berbanding yen hari ini kepada 3.5602/5683 daripada 3.5836/5908 semalam, naik berbanding pound British kepada 6.6255/6400 daripada 6.6519/6647 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.8568/8667 daripada 4.8817/8912 semalam.

 

Ringgit bagaimanapun jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0665/0742 daripada 3.0591/0670 semalam. – BERNAMA

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (30)